Quantcast
Channel: Info UTMSPACE
Viewing all 868 articles
Browse latest View live

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH UTMSPACE (NO.3/2015)

$
0
0

Assalamualaikum wbt…

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah UTMSPACE (No.3/2015) akan diadakan seperti butiran berikut:-

     Tarikh   : 29 September 2015 (Selasa)

     Masa    : 10.00 Pagi

     Tempat: Bilik Lembaga, Aras 14, Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur

Sehubungan itu, mohon semua staf ambil maklum dan menjaga tingkah laku yang mencerminkan imej syarikat.

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.


PENDAFTARAN TERBUKA PROGRAM DIPLOMA SEPARUH MASA AMBILAN NOVEMBER 2015

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan, PPSM UTMSPACE Kuala Lumpur akan mengadakan Hari Pendaftaran Terbuka Program Diploma Separuh Masa Ambilan November 2015. Berikut adalah butiran program:
Tarikh : 4 Oktober 2015 (Ahad)
Masa  : 9.00 pg – 4.00 ptg
Tempat : Bilik Seminar, Bangunan UTMSPACE KL
Sehubungan itu diharap semua pihak dapat mengambil maklum. Sekian, terima kasih.

TAHNIAH KEPADA PEMENANG DAN PENYOKONG PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL UTMSPACE BERSAMA MEDIA 2015

$
0
0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

UTMSPACE mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pemain dan penyokong yang telah berjaya menyertai dan memenangi Perlawanan Futsal UTMSPACE bersama Media 2015.

 

Tempat Pertama : Team Futsal JB (B)

MUHAMAD KHALIDI BIN KHAIRUL ANUAR

SHAHRULNIZAM BIN MOHAMAD ALI

MUHAMMAD ZUHAIR BIN ABDUL JALIL

NOORAZIZI BIN ABU BAKAR

MOHD HANAFI BIN SURATMAN

SYED MUHAMMAD HILMI BIN SYED YAHYA

 

Tempat Kedua : Team Futsal KL (B)

MUHAMMAD FAHIM BIN ALI

MOHD ZAKI BIN ABDULLAH

MUHAMMAD SAIFUL AL-AHADI BIN ROSLI

ISKANDAR ZULKARNAIN BIN NORIZAN

MOHD FIRDAUS BIN HAMIS

KHAIRUL HAFEZ BIN ZAINUDDIN

 

Tempat Ketiga : Team Futsal KL (A)

MOHD SAIFULLAH BIN YUSOFF

FURIZAN BIN ADNAN

MUHAMMAD HAFIZ BIN ISMAIL

MOHAMAD NAZRI BIN OSMAN

AZINOR AFANDI BIN AB AZIZ

MOHD YUSOF BIN JAMIL

 

Kategori wanita dimenangi oleh Team Futsal Media.

 

Untuk melihat semua gambar perlawanan sila ke UTMSPACE Media Server.

Terima kasih.

 

DSE_1404DSE_1401DSE_1390DSE_1095

PERPINDAHAN STAF

$
0
0

Nor Izzati Maisarah bt Mohd Zulkifli

Assalammualaikum w.b.t
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pn. Nor Izzati Maisarah binti Mohd Zulkifli telah berpindah ke Pusat Pengajian Separuh Masa, UTMSPACE Johor Bahru berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2015.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.
Sekian, harap maklum dan terima kasih

TAWARAN BERTUGAS SEBAGAI PEMBANTU PENGAWAS

$
0
0

Assalammualaikum w.b.t

Sukacita dimaklumkan bahawa peperiksaan akhir untuk Program Kerjasama UTM akan dijalankan dari 26 Oktober – 8 November 2015. Sehubungan dengan itu semua staf UTMSPACE KL adalah dipelawa untuk menjadi Pembantu Pengawas Peperiksaan di KOLEJ TEKNOLOGI UNIFIELD MELAKA dan KOLEJ TEKNOLOGI SARAWAK.

Tugas Pembantu Pengawas adalah untuk membantu Ketua Pengawas daripada UTM menjalankan peperiksaan di Pusat Kerjasama yang berkenaan. Tempoh bertugas adalah diantara 2-3 hari. Staf yang berminat boleh membuat permohonan seperti berikut:

Langkah 1 Mengisi maklumat permohonan di http://uppkonline.utmspace.edu.my —Ketua Pengawas –> Borang Permohonan
Langkah 2 Cetak laporan/borang permohonan menjadi Pembantu Pengawas dan dapatkan pengesahan dari Ketua Bahagian.
Langkah 3 Hantar borang yang telah disahkan ke Pejabat PPK tidak lewat dari hari Isnin 12 Oktober 2015 jam 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi En. Azinor Afandi Bin Ab Aziz ditalian 03-27722568.

Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN : Ujian Peralatan Rintangan Api Aktif dan Ujian Sistem Janakuasa (Generator)

$
0
0
Assalamualaikum wbt,
Salam 1 Malaysia,
Dimaklumkan pada 14 Oktober 2015 (cuti Awal Muharam), pihak PNB akan mengadakan Ujian Peralatan Rintangan Api Aktif dan Ujian Sistem Janakuasa (Generator) di Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Ujian ini akan melibatkan sistem siaraya, alat penggera, alat pengesan asap, sistem telekomunikasi kecemasan, dan penutupan bekalan elektrik sementara akan dibuat sepanjang tempoh ujian tersebut.
Diharapkan tiada aktiviti yang akan dijalankan pada tarikh dan masa yang disebut. Sekiranya terdapat aktiviti atau kerja, sila maklumkan kepada En. Idham b Ismail untuk rekod dan tindakan UPPF dan PNB.

PERTUKARAN DALAMAN STAF

$
0
0

Nurhidayah bt SaidAssalammualaikum w.b.t
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pn. Nurhidayah Binti Said telah berpindah dari Pusat Pengajian Separuh Masa ke Bahagian Pembangunan Bisnes, UTMSPACE, Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2015.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, harap maklum dan terima kasih

PERTUKARAN DALAMAN STAF

$
0
0

Noorafidah bt DemanAssalammualaikum w.b.t
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pn. Noorafidah Binti Deman telah berpindah dari Bahagian Pembangunan Bisnes ke Pusat Pengajian Separuh Masa, UTMSPACE, Kuala Lumpur berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2015.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, harap maklum dan terima kasih


MAKLUMAN: PENUTUPAN KAUNTER DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN HUJUNG MINGGU UTMSPACE KUALA LUMPUR SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-55 UTM

$
0
0

bannermk55bm

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa pada 24 dan 25 Oktober 2015 akan berlangsungnya Majlis Konvokesyen ke-55 UTM dan Majlis Penyampaian Anugerah Dekan di UTM Skudai.

Sehubungan itu, tiada sebarang aktiviti pembelajaran hujung minggu bagi pelajar separuh masa (degree & diploma) pada 24 dan 25 Oktober 2015 tersebut. PPSM Kuala Lumpur juga akan menutup kaunter akademik berikutan majlis tersebut. Sekian, harap maklum.

TEAM BUILDING UTMSPACE 2015

MAKLUMAN : Ujian Peralatan Rintangan Api Aktif dan Ujian Sistem Janakuasa (Generator)

$
0
0
Assalamualaikum wbt,
Salam 1 Malaysia,
Dimaklumkan pada 10 Oktober 2015 (cuti Deepavali), pihak PNB akan mengadakan Ujian Peralatan Rintangan Api Aktif dan Ujian Sistem Janakuasa (Generator) di Bangunan UTMSPACE Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang.
Ujian ini akan melibatkan sistem siaraya, alat penggera, alat pengesan asap, sistem telekomunikasi kecemasan, dan penutupan bekalan elektrik sementara akan dibuat sepanjang tempoh ujian tersebut.
Diharapkan tiada aktiviti yang akan dijalankan pada tarikh dan masa yang disebut. Sekiranya terdapat aktiviti atau kerja, sila maklumkan kepada En. Idham Bin Ismail untuk rekod dan tindakan UPPF dan PNB.

SELAMAT MAJU JAYA

$
0
0

Nor Izzati Maisarah bt Mohd Zulkifli

Assalammualaikum w.b.t,
Adalah dimaklumkan bahawa Pn. Nor Izzati Maisarah binti  Mohd Zulkifli telah menamatkan perkhidmatannya di UTMSPACE pada 09 November 2015. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.
Sekian, terima kasih

 

PERTUKARAN DALAMAN STAF

$
0
0

Khairul Azry bin Ahmad

Assalammualaikum w.b.t
Sukacita dimaklumkan bahawa, En. Khairul Azry bin Ahmad telah berpindah dari Bahagian Program Eksekutif ke Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa UTMSPACE Johor Bahru,  berkuatkuasa mulai  09 November 2015.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.

Sekian, harap maklum dan terima kasih

 

PERTUKARAN DALAMAN STAF

$
0
0

Rosnizam bin Maarof

Assalammualaikum w.b.t
Sukacita dimaklumkan bahawa, En. Rosnizam bin Maarof telah berpindah dari Pusat Pengajian Separuh Masa ke Pusat Pengajian Diploma UTMSPACE Johor Bahru,  berkuatkuasa mulai  11 November 2015.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.

Sekian, harap maklum dan terima kasih

PERPINDAHAN STAF DALAMAN PPSM JOHOR BAHRU

$
0
0

Natasha Syafinaz bt Zakaria

Assalammualaikum w.b.t
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pn. Natasha Syafinaz binti Zakaria telah berpindah dari Seksyen Perhubungan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga ke Seksyen Operasi  dan Hal Ehwal Mahasiswa, Pusat Pengajian Separuh Masa UTMSPACE, Johor Bahru berkuatkuasa mulai 08 November  2015.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, harap maklum dan terima kasih


PERPINDAHAN STAF DALAMAN PPSM JOHOR BAHRU

$
0
0

Huzaimah bt Jamal

Assalammualaikum w.b.t
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pn. Huzaimah binti Jamal telah berpindah dari Seksyen Perhubungan Fakulti Pendidikan ke Seksyen Perhubungan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga, Pusat Pengajian Separuh Masa UTMSPACE, Johor Bahru berkuatkuasa mulai 08 November  2015.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE. Sekian, harap maklum dan terima kasih

SELAMAT BERTUGAS

$
0
0

shafazrilAssalamualaikum w.b.t,
Sukacita dimaklumkan, Encik Muhammad Shafazril bin Mohd Mazlan telah dilantik sebagai Kerani di Unit Pentadbiran dan Pengurusan Fasiliti , UTMSPACE Kuala Lumpur berkuatkuasa pada 16 November 2015.
Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

SELAMAT BERTUGAS

$
0
0

haslilAssalamualaikum w.b.t,
Sukacita dimaklumkan, Encik Mohamad Haslil Bin Abdul Halil telah dilantik sebagai Pengawal Keselamatan di Unit Keselamatan , UTMSPACE Kuala Lumpur berkuatkuasa pada 16 November 2015. Sehubungan itu, mohon semua staf dapat memberi kerjasama yang sewajarnya kepada beliau.
Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan diharapkan agar beliau dapat memberikan khidmat yang cemerlang demi kemajuan UTMSPACE.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.

SELAMAT MAJU JAYA

$
0
0

Kamarul Isyak bin Md TalibAssalammualaikum w.b.t,
Adalah dimaklumkan bahawa En. Kamarul Isyak Bin Md Talib telah menamatkan perkhidmatannya di UTMSPACE pada 25 November 2015. Pihak Pengurusan UTMSPACE mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan di sepanjang perkhidmatan beliau di UTMSPACE. Pihak Pengurusan UTMSPACE juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.
Sekian, terima kasih

PROGRAM BUAL BICARA BERSAMA AKPK ANJURAN MAHASISWA UTMSPACE

$
0
0

Assalamualaikum,

Sukacitanya dimaklumkan bahawa sebuah program bual bicara bersama AKPK anjuran mahasiswa UTMSPACE bertajuk ‘BREAKOUT FROM YOUR FINANCIAL LEAKS‘ akan diadakan pada 29 November 2015 bertempat di Dewan Seminar UTMSPACE. Semua dijemput hadir. Sekian, harap maklum.

poster-revise

Viewing all 868 articles
Browse latest View live